- JBS Sarawak
- Hits: 29
KARNIVAL SEPAK TAKRAW SONG 2026 HIMPU 26 PASUKAN DARI SELURUH SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakam oleh: MCG,PBSBKAPIT
SONG, 29 September 2026 – Karnival Sepak Takraw Song 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 26 hingga 27 September 2026, dengan penyertaan sebanyak 26 pasukan dari seluruh Sarawak. Penganjuran karnival ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat serta mengembangkan potensi pemain sepak takraw, malah turut menjadi medan untuk mengeratkan hubungan dan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti serta pemain dari pelbagai daerah di Sarawak.
Dalam saingan yang berlangsung, T24M muncul sebagai Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00, berserta piala dan medal. Kekalat Team pula dinobatkan sebagai Naib Johan dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM600.00, berserta piala dan medal. Manakala Secret Team dan KRS Team berkongsi tempat Ketiga Bersama, dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200.00, berserta piala dan medal.
Karnival yang menghimpunkan pasukan dari seluruh Sarawak ini turut mencerminkan sambutan positif masyarakat terhadap aktiviti sukan, khususnya sepak takraw, selain memberi peluang kepada pemain untuk menguji keupayaan dan meningkatkan pengalaman dalam pertandingan kompetitif.
Penganjuran Karnival Sepak Takraw Song 2026 diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkasakan pembangunan sukan di peringkat komuniti serta melahirkan lebih ramai pemain sepak takraw berbakat dari Sarawak.
#MalaysiaMadani
#JBSN
#pbsbkapit
#JBSNSarawak
