- JBS Sarawak
- Hits: 33
Program Dari Belia Kepada Belia Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 - Jalinan Kasih Dan Khidmat Masyarakat Bersama Anak Yatim Bintulu Telah Melabuhkan Tirainya
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: Nuff JBSN Sarawak
BINTULU, 26 SEPTEMBER 2026: Program Dari Belia Kepada Belia: Jalinan Kasih Dan Khidmat Masyarakat Bersama Anak Yatim Bintulu telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif bagi menyemarakkan semangat kesukarelawanan, keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia di bahagian bintulu.
program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu, kelab Rakan Muda Kampung Masjid serta Pejabat RELA Daerah Bintulu, sebagai usaha bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan komuniti setempat.
program turut memberi peluang kepada para belia untuk turun padang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat serta meluangkan masa bersama anak-anak yatim. pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk gotong-royong, aktiviti santai dan ramah mesra bersama anak-anak yatim serta penyampaian sumbangan.
melalui program ini, golongan belia dapat memupuk nilai murni seperti empati, prihatin, kerjasama, kasih sayang dan tanggungjawab terhadap masyarakat. aktiviti seperti ini juga menjadi platform kepada belia untuk menyumbang tenaga dan idea dalam membantu komuniti yang memerlukan. Program dari belia kepada belia diharap dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai pertubuhan belia, agensi kerajaan dan komuniti setempat. kerjasama berterusan ini penting bagi melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
