- JBS Sarawak
- Hits: 15
KARNIVAL SUKAN KOMUNITI BELAGA @ LONG URUN MERIAHKAN AKTIVITI SUKAN DAN KESENIAN KOMUNITI
Disediakan Oleh : MCG,PBSBKAPIT
LONG URUN, 03 Oktober 2026 – Program Karnival Sukan Komuniti Belaga @ Long Urun telah berlangsung dengan meriah di Sekolah Kebangsaan Long Urun, Belaga pada 3 Oktober 2026, dengan penglibatan komuniti setempat dalam pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kesenian.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen P216 Hulu Rajang. Turut hadir ialah YB Encik Kennedy Chukpai Ugon serta wakil-wakil agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah pertandingan bola sepak 9 sebelah, sukan rakyat, pertandingan karaoke dan pertandingan menari yang mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Penganjuran karnival ini menjadi salah satu platform untuk menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kerjasama dalam kalangan komuniti.
Selain aktiviti sukan, pertandingan karaoke dan menari turut memberikan ruang kepada masyarakat untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti, sekali gus menjadikan program lebih meriah dan menarik untuk disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Program Karnival Sukan Komuniti Belaga @ Long Urun ini diharapkan dapat terus menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan serta menyemarakkan budaya bersukan dalam komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.
#KBS
#JBSNSarawak
#PejabatBeliaDanSukanBahagianKapit
#KarnivalSukanKomuniti
#Belaga
#LongUrun
#hsn2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
