- JBS Sarawak
- Hits: 73
SESI PERJUMPAAN SUKARELAWAN PERKUKUH PERSIAPAN HARI SUKAN NEGARA SARIKEI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 73
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
SARIKEI, 01 Oktober 2026 – Semangat kesukarelawanan terus diperkasa sebagai antara elemen penting dalam memastikan kelancaran penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2026 di pekarangan Dewan Suarah Sarikei.
Sesi perbincangan ini berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei dengan penglibatan sukarelawan yang akan membantu menjayakan program tersebut.
Perjumpaan ini memberi tumpuan kepada penyelarasan peranan, tugasan serta keperluan sukarelawan bagi memastikan setiap urusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Komitmen sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan dan komuniti turut mencerminkan semangat kerjasama serta kesediaan masyarakat untuk bersama-sama menyokong penganjuran program sukan di peringkat bahagian.
Sesi penyelarasan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara pihak penganjur dan sukarelawan, sekali gus membantu memastikan kelancaran pelaksanaan program.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
