- JBS Sarawak
- Hits: 26
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah Hadiri Malam Jalinan Perkhidmatan Awam 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 2 OKTOBER 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah menghadiri Program Malam Jalinan Perkhidmatan Awam Sempena Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Mukah. Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Kantin dan Perkarangan Tempat Letak Kereta, Menara Pehin Setia Raja Mukah pada 1 Oktober 2026.
Rombongan pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada malam tersebut diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian, Encik Bonnie Manau Michael Amerikan.
Majlis berprestij tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, yang turut ditemani isteri beliau, YBhg. Dato Hajah Baduyah binti Haji Bujang.
Dalam majlis berkenaan, YB Setiausaha Kerajaan Sarawak telah menyampaikan amanat khas kepada seluruh penjawat awam yang hadir, menekankan kepentingan komitmen, kebersamaan, dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat di Bahagian Mukah khususnya.
Penyertaan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dalam majlis ini bukan sahaja dapat memeriahkan suasana Program Sarawakku Sayang 2026, malah menjadi platform penting bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan jalinan kerjasama strategik antara agensi di bawah pentadbiran Bahagian Mukah.
