- JBS Sarawak
- Hits: 24
MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI BILANGAN 4 TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
SARIKEI, 01 Oktober 2026 – Kecekapan pengurusan dan kelancaran pelaksanaan program terus diberi perhatian menerusi Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei Bilangan 4 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, bagi menyelaras perancangan, tugasan serta urusan semasa pejabat.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohd Johari Abdullah, dan turut dihadiri oleh pegawai serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkembangan semasa pejabat, pelaksanaan program serta penyelarasan tugasan dan aktiviti yang memerlukan tindakan lanjut.
Perbincangan turut memberi ruang kepada warga pejabat untuk berkongsi pandangan dan menyelaras tindakan bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
Mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuh kecekapan serta kerjasama warga pejabat, sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti terus dilaksanakan dengan berkesan.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
