- JBS Sarawak
- Hits: 26
AKSI FUTSAL MERIAHKAN KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI PERIBUMI SARAWAK PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026 SIRI 2
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
PAKAN, 02 Oktober 2026 – Semangat kesukanan terus disemarakkan dalam kalangan komuniti peribumi Sarawak menerusi Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Peribumi Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 Siri 2 bagi acara Futsal Lelaki yang berlangsung di Gelanggang Futsal Pelbagai Guna (GSPG), Pakan pada 19 September 2026 yang lalu.
Kursus ini memberi peluang kepada peserta turun ke gelanggang dan mengasah kemahiran menerusi latihan secara praktikal, dengan penekanan terhadap peraturan permainan, teknik serta kemahiran asas yang diperlukan.
Bukan sekadar latihan, pelaksanaan KLAS Siri 2 turut mencetuskan semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan apabila peserta bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus.
Program ini menjadi salah satu usaha menggalakkan komuniti agar kekal aktif dalam kegiatan sukan, selain mewujudkan ruang interaksi dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.
KLAS Siri 2 diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya bersukan dalam komuniti peribumi Sarawak serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat di peringkat Bahagian Sarikei.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
