- JBS Sarawak
- Hits: 20
KARNIVAL TOK BOK NYO 3.0 BAHAGIAN SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 20
SAMARAHAN, 26 September 2026 – Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan telah diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan sesi senaman zumba yang meriah sempena Karnival Tok Bok Nyo 3.0 Bahagian Samarahan.
Program berskala besar yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari itu merupakan anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Sesi zumba khusus ini telah diadakan dengan jayanya di Tingkat Bawah (Ground Floor), The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan.
Acara kecergasan ini telah dipimpin oleh seramai lima orang penggerak utama yang terdiri daripada barisan Instruktur Kementerian belia dan Sukan (KBSI) serta instruktur zumba bertauliah. antara jurutunjuk penting yang terlibat secara langsung menjayakan sesi tersebut termasuklah: Encik Sukiman Bin Adenan – Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan, Puan Norliati Binti Li, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Yu Ing Yew, Puan Hana Soraya Binti Ali, Encik Michael dan Instruktur Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan
Gandingan mantap barisan instruktur ini berjaya menghidupkan suasana di dalam pusat beli-belah dengan gerakan zumba yang bertenaga, sekali gus menarik penyertaan aktif daripada para pengunjung karnival pelbagai peringkat umur.
Kolaborasi strategik antara pihak berkuasa tempatan (MPKS), badan bukan kerajaan (NGO) sukan, dan pengurusan pusat beli-belah ini membuktikan komitmen bersama dalam menyemarakkan gaya hidup sihat dan cergas bersempena dengan penganjuran Karnival Tok Bok Nyo 3.0 pada tahun ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#MalaysiaMADANI
