KEMUDI PENGACARA HIDUPKAN GEMPITA PERTANDINGAN AEROBIC DANCE SARAWAK 2026

KEMUDI PENGACARA HIDUPKAN GEMPITA PERTANDINGAN AEROBIC DANCE SARAWAK 2026

Disediakan : NL

SAMARAHAN , 27 September 2026 – Pertandingan Sukan Aerobic Dance Peringkat Negeri Sarawak 2026. Acara berprestij itu telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. 

Sepanjang pertandingan, kawalan pentas oleh Puan Norliati Binti Li, wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan selaku pengacara majlis bukan sahaja berjaya memastikan atur cara berjalan lancar, malah berjaya membakar semangat penonton serta menyuntik keyakinan tinggi kepada lima pasukan yang bertanding.

Keupayaan pengacara majlis dalam berinteraksi dengan penonton dan membina momentum gamat di dalam dewan memberikan impak yang luar biasa kepada kualiti persembahan peserta. Setiap sorokan yang dicetuskan oleh pengacara menjadi pembakar semangat untuk pasukan-pasukan menampilkan kemahiran, koordinasi, dan kreativiti maksimum dalam sukan kecergasan berasaskan muzik ini.

Pertandingan sengit tersebut akhirnya menyaksikan pasukan Hornbill Velocity dari SMK Hajah Laila Taib (Samarahan) dinobatkan sebagai Johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Kejayaan ini sekali gus melayakkan mereka memikul tanggungjawab besar mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan pada November depan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tempat Naib Johan pula disandang oleh pasukan Rhythm United (RM800), manakala Diandra Dance Crew dari SMK Bandar Samariang menduduki tempat ketiga (RM600).

 Sorotan utama majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Pihak pengurusan tertinggi turut memuji komitmen seluruh jawatankuasa pelaksanaan  Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini terbukti berjaya mencapai matlamatnya dalam membudayakan gaya hidup aktif serta meningkatkan minat golongan muda terhadap aktiviti kecergasan yang sihat.

#TeamKBS

#TeamJBSN
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama

#MalaysiaAktif
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search