Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
Sibu, 22 Jun 2026 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) ke Pejabat Residen Bahagian Sibu hari ini.
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan perancangan dan persiapan bagi penganjuran program Majlis Persidangan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Sibu yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
Rombongan PBSB Sibu yang hadir telah diketuai oleh Encik Mohd. Nadzrul Idzlan Bin Mohd. Nor, selaku Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda. Beliau turut diiringi oleh Encik Terence Tan bagi mewakili agensi berkenaan dalam sesi perbincangan tersebut.
Kehadiran delegasi PBSB Sibu telah disambut baik oleh Tuan Superi Bin Awang Said, Residen Bahagian Sibu. Sesi perbincangan yang berlangsung secara produktif itu memfokuskan kepada gerak kerja, pengisian, dan penyelarasan program MPBN yang dirancang untuk diadakan pada 2 Julai 2026.
Mesyuarat dan persidangan itu nanti bakal berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sibu. Melalui kerjasama erat ini, program MPBN diharap dapat menjadi platform terbaik dalam memperkasakan suara serta kepimpinan golongan belia di daerah Sibu.
#JBSNKomited #MalaysiaMadani #TeamJBSN #TeamKBS #jbssarawak #PBSBSibu #MPBNSibu
- JBS Sarawak
- Hits: 0
