PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2026 (SIRI 3) GALAK BUDAYA HIDUP SIHAT

PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2026 (SIRI 3) GALAK BUDAYA HIDUP SIHAT

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak

BETONG, 12 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026 (Siri 3) telah dilaksanakan pada 8 Oktober 2026 bertempat di Tasik Medan, Betong dengan pengisian aktiviti berjalan kaki sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan komuniti setempat.

Pelaksanaan aktiviti berjalan kaki ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal malah turut memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan bersukan bagi memelihara kesihatan mental, mengurangkan tekanan serta meningkatkan kesejahteraan diri.

Sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan program ini, Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026 (Siri 4) dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober 2026 bertempat di Wisma Persekutuan Betong dengan pengisian aktiviti senam sihat.

Sehubungan itu, seluruh warga Betong dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program tersebut dan bersama-sama menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kehidupan seharian.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#MalaysiaAktif

#HSN2026

#jbssarawak

#pbsbbetong 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search