CABARAN REKREASI NEGERI SARAWAK 2026 MERIAHKAN AKTIVITI SUKAN REKREASI KOMUNITI

CABARAN REKREASI NEGERI SARAWAK 2026 MERIAHKAN AKTIVITI SUKAN REKREASI KOMUNITI

 

Disediakan Oleh : JC, JBSNS

Bau, 4 Oktober 2026 – Program Cabaran Rekreasi Negeri Sarawak 2026 telah berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Oktober 2026 bertempat di Libiki Bamboo Resort, Krokong, Bau, Sarawak, dengan penyertaan seramai 84 orang peserta.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kampung Tunku ini bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan rekreasi secara menyeluruh di pelbagai peringkat, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti rekreasi sebagai satu amalan gaya hidup sihat.

Pelaksanaan program turut memberi penekanan kepada usaha membudayakan gaya hidup yang sihat, aktif dan cergas dalam kalangan komuniti melalui pendekatan sukan yang santai, menyeronokkan serta mencabar.

Menariknya, program ini mengetengahkan empat elemen utama rekreasi, iaitu Permotoran, Lasak, Air dan Darat, yang memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman aktiviti rekreasi yang pelbagai dalam suasana semula jadi.

Antara pengisian utama yang dijalankan sepanjang program ialah ATV, Body Rafting, Tree Climbing/Abseiling dan Slingshot. Kesemua aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, malah turut menekankan aspek kerjasama berpasukan, komunikasi, keberanian serta keyakinan diri.

Program ini juga menjadi platform untuk mewujudkan aktiviti sukan rekreasi yang inklusif, mudah diakses dan berimpak tinggi kepada komuniti, selaras dengan usaha memperluaskan budaya hidup aktif serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan aktiviti fizikal dan rekreasi.

Selain aspek kecergasan, penglibatan peserta dalam pelbagai aktiviti turut membuka ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta serta membina semangat kerjasama dan persefahaman dalam kalangan komuniti.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh En. Abitt Nunong, Penolong Pengarah (Pentadbiran), yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Secara keseluruhannya, Cabaran Rekreasi Negeri Sarawak 2026 berjaya menjadi wadah yang menggabungkan elemen kesihatan, kecergasan, cabaran, keseronokan dan kemasyarakatan, sekali gus menyokong usaha memperkasakan budaya sukan rekreasi dalam kalangan masyarakat di Sarawak.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search