- JBS Sarawak
- Hits: 15
DEBARAN HSN2026 KIAN TERASA! BETONG PERKEMAS PERSIAPAN AKHIR SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 12 Oktober 2026 – Bahang sambutan Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) Peringkat Negeri Sarawak semakin terasa apabila persiapan akhir giat diperkemas menjelang penganjurannya pada 17 Oktober 2026 bertempat di Dewan Panglima Rentap Betong. Sehubungan itu, Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti HSN2026 Peringkat Negeri Sarawak Bil 2/2026 telah diadakan pada 9 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma Persekutuan Betong sebagai langkah memastikan segala persiapan dan penyelarasan program berada pada tahap terbaik.Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan memberi tumpuan kepada persiapan serta penyelarasan pelbagai aspek pelaksanaan program.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk status terkini penyertaan, penyelarasan aktiviti dan pertandingan, susun atur lokasi (layout), kedudukan tapak pameran, aspek keselamatan, keperluan logistik serta penelitian atur cara program bagi memastikan kelancaran sambutan pada hari pelaksanaan.
Pelbagai aktiviti menarik bakal memeriahkan sambutan HSN2026 kali ini, antaranya Pertandingan Aerobicthon, Sukaneka, pertandingan memanah, tarik tali, explorace, sepak raga bulatan, pertandingan mewarna, aktiviti mari mencuba serta demonstrasi walking football dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung daripada pelbagai lapisan umur.
Dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, diharapkan segala perancangan serta persiapan yang telah diatur dapat dilaksanakan dengan lancar sekali gus menjayakan sambutan HSN2026 Peringkat Negeri Sarawak dengan meriah dan penuh bermakna. Sehubungan itu, seluruh warga Betong dan masyarakat sekitar dijemput hadir beramai-ramai pada 17 Oktober 2026 di Dewan Panglima Rentap Betong bagi memeriahkan sambutan serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#MalaysiaAktif
#HSN2026
#jbssarawak
#pbsbbetong
