- JBS Sarawak
- Hits: 22
PROMOSI HARI SUKAN NEGARA (HSN2026) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN DI SRI AMAN FM
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 12 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah hadir ke Sri Aman FM hari ini bagi mempromosikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman yang bakal disambut pada 17 Oktober 2026. Siaran temu bual ini juga disiarkan melalui SarawakFM melalui dlot Info Ekspresi.
Dalam sesi promosi berkenaan, Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman turut menyeru agar seluruh warga Sri Aman untuk hidup aktif dan cergas dan mengambil peluang ini untuk memeriahkan lagi Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman.
Turut hadir bersama adalah Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman yang menerangkan persiapan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bagi sambutan HSN2026.
Ayuh warga Sri Aman terus kekal aktif dan menjadi sebahagian daripada 5.3 juta rakyat Malaysia yang meraikan HSN2026. Jom daftar acara anda sekarang. Layari www.harisukannegara.my untuk maklumat lanjut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
