PROGRAM DARI BELIA UNTUK BELIA: RIDE Y2Y PLATFORM KEKANG PENGARUH NEGATIF DALAM GOLONGAN MUDA

Disediakan oleh: SD, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 10 Oktober 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia: Ride Y2Y Tahun 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman telah diadakan di Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman dengan penyertaan seramai 50 orang peserta. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan kesedaran sosial serta sebab dan akibat pengaruh negatif terhadap golongan muda masa kini. Program ini telah dilaksanakan dengan rakan strategik iaitu Kelab Belia Perdana Jalan Sabu dan Kelab Belia Gemilang Sri Aman serta kerjasama dari Rumah Kanak-kabak Datuk Ajibah Abol Sri Aman dan Sarawak Skills Sri Aman.

Di antara pengisian dalam program tersebut adalah taklimat daripada Puan Sim Choon Lee wakil Pengetua Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman, ceramah gejala sosial oleh IPD Sri Aman, pertandingan futsal, sukaneka dan aktiviti gotong royong.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd. Israk bin Ismail, wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Hadir sama dalam program tersebut adalah Encik Sazali bin Dillah, Pegawai Cawangan Pembangunan Belia.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search