- JBS Sarawak
- Hits: 20
DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN BOLA JARING DI BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 12 Oktober 2026 – Pertandingan Bola Jaring Tertutup Peringkat Bahagian Betong telah dianjurkan oleh Mixter Netball Club pada 10 Oktober 2026 bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Pertandingan ini disokong oleb Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah inisiatif Dana Sukan Komuniti (DSK) sebagai usaha menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan.
Persaingan sengit antara pasukan yang bertanding menyaksikan pasukan Miracle berjaya merangkul gelaran johan diikuti pasukan Tiger Warrior sebagai naib johan manakala VOKBET menduduki tempat ketiga dan One Team One Dream meraih tempat keempat. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian serta semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta.
Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring malah turut memberi peluang kepada para pemain untuk meningkatkan kemahiran, menimba pengalaman serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pasukan dan komuniti sukan setempat.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Mixter Netball Club atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya. Ucapan tahniah turut ditujukan kepada semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Diharapkan penganjuran pertandingan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi sekali gus menyemarakkan budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat di Bahagian Betong.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#DSK2026
#Rakanmuda
#MalaysiaAktif
#HSN2026
#jbssarawak
#pbsbbetong
