- JBS Sarawak
- Hits: 18
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 SIRI 1 MERIAHKAN SUASANA DI SJK (C) HOCK LAM, KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: MCG,PBSBKAPIT
KAPIT, 9 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Kapit 2026 Siri 1 telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hock Lam, Kapit dengan pengisian aktiviti senamrobik yang melibatkan penyertaan murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan. Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan komuniti, khususnya warga sekolah, melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Aktiviti senamrobik tersebut dikendalikan oleh jurutunjuk yang terdiri daripada guru-guru sekolah dan ahli Panda Athletic Club. Kerjasama antara pihak sekolah dengan kelab sukan berkenaan telah membantu menjayakan pelaksanaan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh semangat. Penglibatan semua murid dan guru menunjukkan komitmen warga sekolah dalam menyokong usaha membudayakan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Program Malaysia Aktif @ Komuniti merupakan antara inisiatif untuk menggalakkan masyarakat supaya terus aktif, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menjadikan aktiviti sukan sebagai medium memperkukuh hubungan dan semangat kebersamaan dalam komuniti. Diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat serta melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan sejahtera.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#HSN2026
#pbsbkapit
#MalaysiaAktif
#RakanAktif
#rakandigital
