Disediakan oleh : MCG,PBSBKAPIT
KAPIT, 14 Oktober 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan KLAS Seni Bela Diri Peringkat Bahagian Kapit telah diadakan bersama wakil daripada Pertubuhan Seni Silat Helang Putih Perkasa Cawangan Kapit. Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh Encik Mohd. Bakri bin Berawi dan Puan Khairunnisa Ajau Abdullah, selaku wakil Pertubuhan Seni Silat Helang Putih Perkasa Cawangan Kapit. Perbincangan memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama berkaitan pelaksanaan program, antaranya cadangan tarikh dan lokasi, kaedah pelaksanaan aktiviti, penglibatan peserta, pengisian program serta keperluan logistik dan urusan penyelarasan.
Kerjasama dan pandangan daripada pihak pertubuhan seni bela diri amat penting bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan. Sesi ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan pertubuhan seni bela diri dalam usaha menggalakkan penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam aktiviti seni bela diri dan gaya hidup aktif. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat menjadi asas kepada perancangan dan pelaksanaan KLAS Seni Bela Diri Peringkat Bahagian Kapit yang lebih tersusun dan berkesan.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#RakanAktif
#pbsbkapit
#HSN2026
- JBS Sarawak
- Hits: 11
