- JBS Sarawak
- Hits: 7
Kejohanan Merbau Open Karate Tournament 2026 Platform Penting Dalam Mencungkil Bakat Baharu Serta Melahirkan Lebih Ramai Atlet Karate
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 13 OKTOBER 2026 – Kelab Karate Goshin-Ryu Merbau telah menerima Dana Sukan Komuniti 2026 untuk melaksanakan Kejohanan Merbau Open Karate Tournament 2026 pada 10 hingga 11 Oktober 2026 di Permymall, Miri. Kejohanan Merbau Open Karate Tournament 2026 merupakan salah satu usaha pihak kelab dalam menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sukan karate. Kejohanan tersebut menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta melahirkan lebih ramai atlet karate berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri turut hadir untuk membuat pemantauan program tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
