- JBS Sarawak
- Hits: 11
Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 Himpunkan 50 Peserta Di Universiti Putra Malyasia Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 11 OKTOBER 2026: Kem Belia 2026 telah berlangsung selama tiga hari, bermula 9 hingga 11 Oktober 2026, bertempat di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), dengan penyertaan seramai 50 orang peserta daripada SMK Bintulu dan SMK Baru. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Necco Lim, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, Unit Bakat Murid.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik, Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu, serta barisan fasilitator daripada Sekretariat Rakan Muda UPM Sarawak, dengan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, SMK Baru dan SMK Bintulu.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan, antaranya aktiviti ice breaking, pembentukan kumpulan, ceramah daripada pelbagai agensi, aktiviti team building serta latihan dalam kumpulan (LDK). Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, meningkatkan keyakinan diri serta mengasah kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta. Diharapkan penganjuran kem ini dapat melahirkan generasi belia yang berdisiplin, berdaya saing dan berwawasan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
