- JBS Sarawak
- Hits: 8
Perbincangan Awal Karnival Sukan Luar Bandar Long Panai 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 7 OKTOBER 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri akan bekerjasama dengan JKKK Long Panai dan Kelab Futsal Buceros bagi program Karnival Sukan Luar Bandar Long Panai 2026. PBSB Miri yang diwakili oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri telah mengadakan sesi perbincangan awal program bersama Ketua Kampung Long Panai, Pemanca Gilbert Ding dan Encik Harrison Anyi Laing mewakili belia Kampung Long Panai, semalam.
Tujuan sesi perbincangan tersebut diadakan adalah untuk menyelaras pelbagai aspek penting menjelang penganjuran karnival sukan tersebut, yang bakal menjadi platform penglibatan aktif komuniti luar bandar dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah kemudahan fasiliti pertandingan, persediaan lokasi acara, aspek teknikal pertandingan, serta penyertaan peserta dari kawasan sekitar.
Karnival yang dijadualkan pada 21 November ini juga dijangka menarik minat belia tempatan menerusi pengisian aktiviti sukan selaras dengan objektif program untuk memupuk semangat kesukanan dan memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
