- JBS Sarawak
- Hits: 7
MIYC Laksana Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 13 OKTOBER 2026 – Kelab Belia Bestari Bandar Miri (MIYC) telah melaksana Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan 2026 pada 10 Oktober 2026 di Dewan Persatuan Klan Lin, Krokop. Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh MIYC ini bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun mengenai Parlimen Belia Malaysia, demokrasi belia, inisiatif Pendidikan Percuma Sarawak, peluang pendidikan tinggi serta peranan pihak berkuasa tempatan.
Antara pengisian program ialah ceramah demokrasi belia dan pendidikan percuma, sesi ramah mesra bersama NGO belia, pameran dan himpunan hobi. Pelaksanaan program tersebut bukan sahaja mengumpul belia tidak berpersatuan untuk mendekatkan mereka dengan NGO belia, tetapi mengurangkan penglibatan belia dalam gejala sosial serta memberi platform peralihan usia belia yang sihat. Yang Berhormat Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandaraya Miri turut hadir memeriahkan program tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
