- JBS Sarawak
- Hits: 6
Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 6 OKTOBER 2026 - Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur 15 hingga 16 tahun menyertai Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2026 pada 2 hingga 4 Oktober 2026 yang lalu di Kem Lupuk Ancestors Expedition, Bekenu.
Program ini bertujuan memperkasa jati diri, mengelak gejala sosial, mencetuskan pemikiran kritis dan memupuk nilai murni belia. Pelbagai aktiviti merangkumi 11 topik utama seperti ceramah, LDK dan aktiviti outdoor telah dilaksanakan melibatkan agensi seperti PDRM, AADK, KKM, dan NGO belia.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Puan Iswaziah binti Mustafa,Timbalan PPD Subis (Sektor Pembangunan Bakat Murid). Turut hadir ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Gibrilson Tubam mewakili Kelab Belia Perkasa Taman Marina. PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik program iaitu Kelab Belia Bestari Bandar Miri, SMK Bakong, SMK Bekenu, SMK Luar Bandar, SMK Suai, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Cawangan Khas IPD Daerah Miri, AADK Daerah Miri, Encik Mark Nyelang anak Ripin dan Kem Lupuk Ancestors Expedition.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
