- JBS Sarawak
- Hits: 8
Program Dari Belia Untuk Belia Miri Memberi Fokus Kesedaran Dan Kepentingan Pengurusan Kewangan Yang Bijak Di Usia Muda
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 13 OKTOBER 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Bahagian Miri 2026 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Belia Perkasa Taman Marina dan IKBN Miri telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Oktober 2026 di Perpustakaan IKBN Miri. Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Belia Perkasa Taman Marina melibatkan penyertaan seramai 51 orang pelajar IKBN Miri.
Bersempena dengan Bulan Literasi Kewangan, Kelab Belia Perkasa Taman Marina telah mengadakan perkongsian kesedaran pengurusan kewangan dan aktiviti simulasi Bijak Kewangan. Antara fokus utama program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai isu kebankrapan yang berlaku di kalangan belia di Malaysia serta bimbingan dalam pengurusan kewangan sebagai langkah persediaan para peserta sebelum ke alam pekerjaan.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan kesedaran serta kemahiran mereka dalam mengurus aliran tunai dengan berhemah, mengamalkan pengurusan kewangan yang bijak sejak usia muda sekaligus mengelakkan bebanan hutang yang tidak terancang agar mereka dapat membina masa depan yang lebih stabil dan sejahtera.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
