- JBS Sarawak
- Hits: 7
RHOTAC 2026 himpun 123 peserta dari Sabah dan Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 6 OKTOBER 2026 – Seramai 123 peserta dari Sabah dan Sarawak menyertai Rising High Open Taekwondo Championship (RHOTAC) 2026 yang berlangsung selama dua hari di Stadium Tertutup Miri, bermula pada 3 hingga 4 Oktober 2026. Kejohanan anjuran Rising High Taekwondo Club (RHITAC) itu melibatkan penyertaan atlet dari 15 sekolah rendah dan 19 sekolah menengah di Miri, Subis, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Keningau, Sabah.
Para peserta berentap dalam tiga acara utama iaitu pattern, team pattern dan sparring, sekali gus memberi peluang kepada atlet muda menguji tahap kemahiran serta pengalaman mereka dalam pertandingan kompetitif.
Hadir untuk merasmi kejohanan ialah Timbalan Datuk Bandar Miri, Haji Ariffin Mohamad. Turut hadir pada majlis pembukaan kejohanan itu ialah Ketua Pengarah PERHEBAT merangkap Presiden Malaysia Global Taekwon-Do Federation (MGTF) Dato’ Amir Md Noor, Presiden RHITAC Raden Hidayat Raden Perhan, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri Roley Lagir, para ibu bapa dan jurulatih pasukan masing-masing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
