- JBS Sarawak
- Hits: 6
PBSB Miri Santuni Pucuk Pimpinan Baharu Persatuan Belia Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 6 OKTOBER 2026 – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menyantuni jemputan Persatuan Belia Miri (PBM) di Moongrind Kingdom pada 2 Oktober 2026.
Kehadiran Encik Roley anak Lagir telah disambut oleh Encik Mohammad Aniq Ashwin bin Abuzar, Pengerusi Persatuan Belia Miri. Beliau dijemput sebagai tempat rujukan pihak PBM agar mesyuarat agung tahunan PBM tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, kehadiran PBSB Miri juga merupakan tanda sokongan kepada pucuk pimpinan baharu PBM serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan belia setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
