PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN SERTAI PERHIMPUNAN BULANAN KBS BAGI BULAN OKTOBER 2026

Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 08 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menyertai Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan bagi bulan Oktober 2026 secara atas talian yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan (BPN) dan Unit Audit Dalam (UAD).

YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KBS Oktober 2026 yang turut dihadiri bersama YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik).

Dalam amanat YB Menteri semasa Perhimpunan Bulanan tersebut merakamkan penghargaan atas kejayaan kontinjen negara dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya, penganjuran LTdL 2026 dan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kejayaan penganjuran bertaraf antarabangsa ini mencerminkan semangat, kesungguhan dan kerjasama warga KBS, agensi serta rakan strategik dalam memperkasa belia dan sukan negara.

YB Menteri turut merasmikan Program Jaguh Rakan Muda Musim Kedua yang memfokuskan pemerkasaan penglibatan serta potensi belia dalam pelbagai bidang.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search