- JBS Sarawak
- Hits: 51
Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Dapat Sambutan Menggalakkan
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Dapat Sambutan Menggalakkan
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 25 September 2026 – PBSB Kuching telah mengadakan Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Perpustakaan Seri Kenyalang, Politeknik Kuching Sarawak pada 26 Ogos 2026. Taklimat tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 157 orang peserta yang terdiri daripada golongan remaja dan pihak berkaitan. Penganjuran taklimat ini bertujuan memberikan penerangan dan pendedahan kepada para peserta mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, termasuk maklumat berkaitan pelaksanaan program, penyertaan serta peluang penglibatan golongan remaja dalam aktiviti pembangunan diri dan kesukarelawanan.
Melalui taklimat ini, para peserta berpeluang mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai program berkenaan serta kepentingan penglibatan aktif golongan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah. Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan minat golongan remaja untuk menyertai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, sekali gus melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanmuda
