- JBS Sarawak
- Hits: 26
KURSUS SAINS SUKAN KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 BERMULA HARI INI
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : RJH, JBSN SARAWAK
KUCHING, 22 September 2026 – Kursus Sains Sukan Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2026 secara rasminya bermula hari ini dan akan berlangsung selama empat hari, dari 22 hingga 25 September 2026, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.
Kursus kali ini menghimpunkan seramai 50 orang peserta yang akan mengikuti pelbagai sesi pembelajaran secara teori dan praktikal berkaitan bidang sains sukan dan kecergasan.
Antara modul yang diketengahkan sepanjang kursus ialah Penjagaan dan Pencegahan Kecederaan, Senaman Minda, Kecergasan Berteraskan Kesihatan, Perancangan Senaman, Fisiologi Senam serta Diet dan Kecergasan Kesihatan.
Peserta turut akan menjalani sesi peperiksaan pada hari terakhir sebagai sebahagian daripada penilaian kefahaman terhadap ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kompetensi peserta dalam bidang kecergasan serta melahirkan lebih ramai individu berpengetahuan yang mampu membantu membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam komuniti.
Selamat berkursus kepada kesemua 50 peserta!
#JBSNSarawak #JBSN #KBSMalaysia #SainsSukan #Kecergasan #MalaysiaAktif #AktifSihatCergas #HSN2026
