SESI TRAINING OF TRAINERS (TOT) SISTEM DASHBOARD BELIA BAGI PEGAWAI KEPIMPINAN SAHSIAH JBSN

Disediakan oleh : SD, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 23 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman komited memperkasakan tadbir urus data belia dengan menghadiri Sesi Training of Trainers (TOT) Sistem Dashboard Belia yang berlangsung secara dalam talian. Sesi ini diinisiatifkan oleh Cawangan Pembangunan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bersama Encik Sazali bin Dillah, Pegawai Cawangan Pembangunan Belia menyertai sesi tersebut yang bertujuan memberi pendedahan serta latihan intensif kepada focal point berkaitan fungsi, modul dan penggunaan sistem Dashboard Belia secara menyeluruh.

Melalui sesi TOT ini, peserta didedahkan kepada kaedah pengurusan data belia yang lebih sistematik, tepat dan bersepadu, sekaligus memperkukuhkan proses pelaporan program serta menyokong penggunaan data dalam merancang, memantau dan menilai keberkesanan inisiatif pembangunan belia.

Taklimat dan sesi TOT ini telah disampaikan oleh Mohd Rizal bin Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES yang berkongsi kepakaran berkaitan analisis data dan aplikasi sistem dalam pengurusan program belia.

Penyertaan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman mencerminkan kesungguhan dalam memanfaatkan teknologi digital dan data berimpak tinggi bagi memastikan setiap program Belia, Sukan dan Rakan Muda dilaksanakan secara lebih berfokus, berkesan dan berteraskan keperluan sebenar golongan sasar.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search