- JBS Sarawak
- Hits: 26
49 PESERTA TAMAT KURSUS SAINS SUKAN KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 25 September 2025 - Seramai 49 peserta berjaya menamatkan Kursus Sains Sukan Kecergasan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 22 hingga 25 September 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Majlis penutupan telah disempurnakan secara rasmi oleh Yang Berusaha Tuan Lamat Anak Nyalu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Turut hadir:
YBrs. Puan Fatimah binti Abdul Rahman
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak;
YBrs. Encik Freddy bin Affendi
Ketua Cawangan Pendidikan Jurulatih, Institut Sukan Negara;
YBrs. Encik Suhaime bin Kasim
Wakil Presiden, Kelab Rekreasi Komuniti Petra Jaya
Sepanjang empat hari, peserta mengikuti pengisian teori dan praktikal dalam bidang sains sukan dan kecergasan termasuk fisiologi senam, pencegahan kecederaan, perancangan senaman, senaman minda serta diet dan kecergasan kesihatan.
Kursus ini juga merupakan antara pra-syarat untuk menjadi KBSi serta mengikuti Kursus Senamrobik.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik Kelab Rekreasi Komuniti Petra Jaya serta perkongsian kepakaran Institut Sukan Negara.
Tahniah kepada semua peserta! Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam organisasi dan komuniti masing-masing serta menyumbang kepada pembudayaan gaya hidup aktif, sihat dan cergas.
#JBSNSarawak #KBSMalaysia #HSN2025 #Kecergasan #MalaysiaAktif
