- JBS Sarawak
- Hits: 21
Lawatan Tapak Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 25 September 2026 – Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan lawatan tapak program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2026 di Kem Lupuk Ancestors Expedition, semalam.
Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah untuk meninjau dan memastikan kesediaan lokasi iaitu kefungsian fasiliti sedia ada sebelum program bermula. Selain itu, PBSB Miri menilai tahap keselamatan kawasan persekitaran bagi mengelakkan sebarang risiko semasa aktiviti dijalankan dan memastikan ruang dan tempat untuk aktiviti dalaman (indoor) serta luaran (outdoor) mencukupi dan selamat digunakan.
Kem Lupuk Ancestors Expedition, Bekenu dipilih semula sebagai lokasi program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri pada tahun ini. Ianya melibatkan penyertaan seramai 50 orang belia dari beberapa buah sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Subis.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
