Program Dari Belia Untuk Belia – Start ‘0’ Tiktok Affiliate Perkasa Kemahiran Digital Golongan Muda

Program Dari Belia Untuk Belia – Start ‘0’ Tiktok Affiliate Perkasa Kemahiran Digital Golongan Muda

Program Dari Belia Untuk Belia – Start ‘0’ Tiktok Affiliate Perkasa Kemahiran Digital Golongan Muda
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 30 September 2026 – PBSB Kuching dan Kolej Komuniti Mas Gading telah bekerjasama melaksanakan program Dari Belia Untuk Belia – START 'O' TikTok Affiliate pada 27 September 2026 bertempat di Kolej Komuniti Mas Gading, dengan penyertaan seramai 50 orang peserta. Program ini turut mendapat kerjasama Kelab Rakan Muda Mas Gading selaku rakan strategik, dalam usaha menyediakan platform pembelajaran dan perkongsian ilmu kepada golongan belia berkaitan kemahiran digital serta peluang menjana pendapatan melalui platform media sosial. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada belia mengenai asas TikTok Affiliate serta kaedah memanfaatkan platform digital secara positif dan produktif.

Selesai sesi pembelajaran, para peserta diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari melalui cabaran penghasilan kandungan kreatif. Setiap peserta dikehendaki menghasilkan kandungan berdasarkan kreativiti masing-masing dan memperoleh jumlah tanda suka (likes) tertinggi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Aktiviti tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk menguji kreativiti, malah turut membolehkan mereka mempraktikkan kemahiran penghasilan kandungan, pemasaran digital serta membina interaksi dengan pengguna media sosial.

Sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti yang ditunjukkan, hadiah telah disampaikan kepada peserta yang berjaya memperoleh jumlah tanda suka tertinggi dalam cabaran penghasilan kandungan tersebut. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan komitmen, kreativiti dan kesungguhan sepanjang program berlangsung.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakandigital

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search