- JBS Sarawak
- Hits: 34
213 Peserta Meriahkan Pertandingan Xiang Qi Kuching & Samarahan 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 34
213 Peserta Meriahkan Pertandingan Xiang Qi Kuching & Samarahan 2026 🏆
Disediakan oleh: PCES, JBSN Sarawak
KUCHING, 30 September 2026 – Persatuan Xiang Qi Bahagian Kuching telah menganjurkan Program Pertandingan Xiang Qi Berkumpulan Sekolah Rendah serta Sekolah Menengah Kuching & Samarahan 2026 pada 22 Ogos 2026 yang lalu. Program tersebut telah berlangsung di Ang Cheng Ho Sports & Community Hall dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 213 orang.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Turut hadir Yang Berhormat See Chee How, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi N.11 Batu Lintang; Encik Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan; Kapitan Datuk Lau Sie Lok, Pengerusi Persatuan Xiang Qi Kuching; Encik Lim Ah Teck, Pengerusi Chinese Association serta Puan Pamela Connie Eddie Saga, wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching. Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan untuk para peserta menguji kemahiran dan strategi dalam sukan Xiang Qi, malah turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara komuniti dan generasi muda.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif
