- JBS Sarawak
- Hits: 31
Kemahiran Digital Diperkasa, Belia Miri Lebih Berdaya Saing
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 30 September 2026 – Program Rakan Digital: Kursus Komputer (Canva, Microsoft & Excel) telah berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri. Kemudahan yang lengkap dan bersesuaian di IKBN Miri telah memberi ruang kepada para peserta mengikuti sesi pembelajaran dalam suasana yang selesa dan kondusif.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan belia. Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah seliaan Teraju Muda Parlimen Miri, Puan Martina Lynie anak Patrick Angga, bagi memberi peluang kepada belia meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan aplikasi digital.
Sesi pembelajaran dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman, iaitu Puan Nur Atiqah binti Abdul Rahman dan Encik Ts. Mohammad Arif bin Habari dari Kolej Komuniti Miri. Para peserta didedahkan kepada kemahiran asas dan praktikal dalam penggunaan Canva, Microsoft Word serta Microsoft Excel yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran, pekerjaan dan urusan harian.
Turut hadir meninjau pelaksanaan program ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, yang berkesempatan melihat perjalanan sesi pembelajaran serta berinteraksi bersama para peserta dan tenaga pengajar.
Program ini diharapkan dapat terus menjadi platform kepada golongan belia untuk memperkukuh kemahiran digital, meningkatkan keyakinan diri serta mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang relevan dalam mendepani keperluan dunia pekerjaan dan teknologi semasa.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
