- JBS Sarawak
- Hits: 23
Sukarelawan Antara Tunjang Kejayaan Program Sarawak AeroBig Day 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 30 September 2026 – Program Sarawak AeroBig Day 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 27 September 2026 bertempat di Miri City Hall dengan penyertaan masyarakat setempat yang amat menggalakkan. Program anjuran BANTU Sarawak ini turut mendapat sokongan daripada barisan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Miri.
Bermula dengan sesi taklimat dan pembahagian tugas, para sukarelawan membantu dalam persiapan tempat, pengurusan peserta serta memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar.
Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh barisan sukarelawan bukan sahaja membantu melancarkan pengurusan program, malah turut mencerminkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia. Penglibatan mereka menjadi salah satu elemen penting dalam menyokong kelancaran pelaksanaan Sarawak AeroBig Day 2026 serta menggalakkan budaya belia yang aktif, prihatin dan bersedia menyumbang kepada komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
