- JBS Sarawak
- Hits: 24
MESYUARAT PENYELARASAN BIL. 2 PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN KAFETEEN TAHUN 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN.
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh : NFS , JBSN Sarawak
SRI AMAN, 24 September 2026- Mesyuarat Penyelarasan Bil. 2 Program Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN Tahun 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Sri Aman dan dihadiri oleh agensi-agensi yang menjadi rakan strategik pelaksana program iaitu LPPKN Sarawak, PPD Sri Aman, IPD Sri Aman, JAIS, Kelab Senamrobik Bandar benak (KSSB) dan pihak Sekolah SMK Sri Aman.
Mesyuarat penyelarasan ini memberi tumpuan kepada penerangan serta perbincangan berkaitan pelaksanaan kem, termasuk penyelarasan peserta, peranan guru pengiring, perjalanan aktiviti, aspek keselamatan, kebajikan peserta serta perkara-perkara berkaitan sepanjang program berlangsung.
Penyelarasan awal ini penting bagi memastikan semua pihak yang terlibat memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing serta dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan objektif pelaksanaan program tercapai dan memberi manfaat kepada peserta.
Diharapkan pelaksanaan program ini dapat menyediakan ruang kepada para peserta untuk membina jati diri, kepimpinan, semangat berpasukan, disiplin serta nilai kesukarelawanan dan keprihatinan sosial dalam kalangan belia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
