- JBS Sarawak
- Hits: 20
SESI PERBINCANGAN PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 20
KAPIT, 6 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2026 bersama Panda Athletic Club di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
Sesi perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Panda Athletic Club, Encik Ariffin bin Untong serta Bendahari, Encik Stallone Teo Chai Unn.
Perbincangan memberi tumpuan kepada perancangan dan penyelarasan pelaksanaan program yang dicadangkan sebanyak 12 siri bagi tahun 2026. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk cadangan tarikh pelaksanaan setiap siri, lokasi atau tempat program serta kaedah pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan komuniti setempat.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti merupakan antara usaha berterusan dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal dan rekreasi secara berkala.
Kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Panda Athletic Club diharap dapat membantu memastikan pelaksanaan program berjalan lancar serta memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar Bahagian Kapit.
Sesi perbincangan ini juga menjadi platform bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan sukan dalam memperkasakan budaya sukan serta meningkatkan penyertaan komuniti dalam aktiviti fizikal.
#malaysiamadani
#jbsnbersama
#hsn2026
#malaysiaaktif
#pbsbkapit
