Semangat Kesukarelawanan Menerusi Padawan Raft Safari 2026

Semangat Kesukarelawanan Menerusi Padawan Raft Safari 2026

Semangat Kesukarelawanan Menerusi Padawan Raft Safari 2026

Disediakan oleh: PCES, JBSN Sarawak

KUCHING, 7 OKTOBER 2026 – Semangat kesukarelawanan, gaya hidup aktif dan penglibatan komuniti terus diperkasa menerusi Padawan Raft Safari 2026 yang berlangsung di Kampung Git, Padawan, Kuching pada 4 Oktober 2026.  Puan Pamela Connie Eddie Saga menjadi salah seorang sukarelawan yang bertugas sepanjang program berlangsung yang merupakan penglibatan tahun keempat beliau sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan dalam menyumbang kepada aktiviti kemasyarakatan.

Program anjuran GRIT Event Management itu telah menghimpunkan sebanyak 151 kumpulan yang menyertai lima kategori iaitu kategori 22km Hotel Tour & NGO, kategori 15km terbuka wanita, kategori 22km agensi Kerajaan, kategori 32km terbuka serta kategori 40km kayak. Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif
#PadawanRaftSafari2026
#GritManagement
#KomunitiAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search