MAJLIS PENANGGUHAN RASMI KEJOHANAN PENCAK SILAT JEMPUTAN PERTUBUHAN PERSAUDARAAN SILAT MAYANG MENGURAI SARAWAK EDISI 1/2026

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 4 Oktober 2026 – Petubuhan Persaudaraan Silat Malayang Mengurai Sarawak Wilayah Sri Aman dan Kelab Silat Olahraga Mayang (KSOM) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Pencak Silat Jemputan Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak Edisi 1/2026 di Dewan Suarah Sri Aman melalui sokongan Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan.

Sambutan menggalakkan daripada 7 perguruan silat dari Sri Aman, Kuching, Sebuyau, Bintulu, Kapit dan Song berjaya mengumpulkan seramai 200 pesilat termasuk urusetia dan jawatankuasa teknikal.

Majlis Penangguhan Rasmi Kejohanan telah disempurnakan oleh YB Puan Dayang Noorazah binti Haji Awang Sohor, ADUN N.28 Lingga merangkap Penaung Petubuhan Persaudaraan Silat Malayang Mengurai Sarawak Wilayah Sri Aman. Dalam ucapan penangguhan tersebut, YB Puan Dayang Noorazah memberi amanat dan titipan pesan agar golongan muda yang bergiat dalam silat agar sentiasa mengimbangi minat dengan tuntutan menimba ilmu agar masa depan pesilat muda lebih terjamin dan cerah. YB turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang berkorban masa, wang ringgit dan tenaga menyokong minat anak-anak dan ini merupakan model kekeluargaan yang baik bagi mengelakkan anak muda terjerumus kepada aktiviti tidak sihat.

Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan turut hadir ke majlis tersebut dan menyampaikan hadiah pemenang dan sijil penghargaan.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Petubuhan Persaudaraan Silat Malayang Mengurai Sarawak Wilayah Sri Aman dan Kelab Silat Olahraga Mayang (KSOM) di atas kejayaan penganjuran tersebut dan akan terus komited menyokong agenda memperkasakan komuniti sukan peringkat akar umbi di Bahagian Sri Aman.

 

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search