KLAS Pribumi Mukah 2026 Sasarkan Lebih 120 Belia Bagi Acara Bola Jaring Dan Futsal

KLAS Pribumi Mukah 2026 Sasarkan Lebih 120 Belia Bagi Acara Bola Jaring Dan Futsal

Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 5 OKTOBER 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama MRSM Mukah telah menganjurkan Program Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Pribumi Bahagian Mukah 2026 yang mula membuka tirainya pada 3 Oktober 2026 bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah.

Program pembangunan bakat sukan peringkat akar umbi ini menyaksikan penglibatan awal yang amat memberangsangkan menerusi Sesi Pertama yang melibatkan seramai lebih 40 orang peserta. Sesi pengenalan dan latihan asas ini memfokuskan kepada dua acara sukan utama, iaitu Bola Jaring bagi kategori Wanita dan Futsal bagi kategori Lelaki.

Secara keseluruhannya, KLAS Pribumi Bahagian Mukah 2026 dijadualkan berlangsung sebanyak empat sesi sepanjang bulan Oktober. Kemuncak program akan diadakan pada sesi terakhir iaitu 24 Oktober 2026 menerusi penganjuran pertandingan bagi kedua-dua acara sukan berkenaan bagi menguji tahap kemahiran dan semangat kesukanan para peserta. Pihak penganjur menganggarkan penyertaan keseluruhan bakal mencecah lebih 120 orang peserta menjelang kemuncak program.

Hadir menyokong dan menyaksikan kelancaran Sesi 1 KLAS Pribumi ialah Encik Roger Glen Jises, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Mukah. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah yang terdiri daripada Encik Mohammad Arbi Rosli, Puan Noorlina Mirais dan Puan Hatijah Halidi, bersama-sama guru-guru yang terlibat. Program ini diharapkan dapat menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu serta memupuk minat sukan dalam kalangan belia pribumi di Bahagian Mukah.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search