- JBS Sarawak
- Hits: 24
KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI PERIBUMI SARAWAK PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026 SIRI 3 - BOLA BALING WANITA
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
PAKAN, 5 Oktober 2026 – Ketangkasan, kerjasama dan kesungguhan peserta menguasai kemahiran asas permainan terserlah menerusi aksi bola baling wanita dalam Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Peribumi Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 Siri 3 yang berlangsung di Gelanggang Bola Baling SMK Pakan pada 26 September 2026.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas permainan bola baling, merangkumi teknik, kemahiran serta peraturan permainan yang betul.
Melalui latihan dan aktiviti praktikal di gelanggang, peserta berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari secara langsung, sekali gus meningkatkan tahap penguasaan kemahiran dan keyakinan dalam permainan.
Selain meningkatkan kemahiran sukan, pelaksanaan KLAS turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan komuniti peribumi dalam aktiviti sukan serta memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan.
Penganjuran kursus ini diharap dapat terus memperkasa penglibatan komuniti peribumi dalam bidang sukan serta membuka lebih banyak peluang kepada peserta untuk mengembangkan potensi dan bakat dalam sukan bola baling.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
