SKS Mukah 2026: 'Fun Walk' Penuh Kemeriahan, Terima Sambutan Hangat Lebih 500 Warga Mukah

SKS Mukah 2026: 'Fun Walk' Penuh Kemeriahan, Terima Sambutan Hangat Lebih 500 Warga Mukah

Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 5 OKTOBER 2026 – Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Bahagian Mukah telah menyertai program Fun Walk sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Mukah 2026 yang berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 500 orang peserta pada 4 Oktober 2026. Program riadah anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat di samping menyemarakkan sambutan SKS peringkat bahagian Mukah.

Acara pelepasan (flag-off) para peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh. Turut mengiringi beliau semasa pelepasan tersebut ialah Residen Bahagian Mukah, Tuan Bujang Rahman Seli.

Kemuncak program menyaksikan upacara penyampaian hadiah bagi acara berjalan kaki serta cabutan bertuah untuk para peserta yang hadir. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap MYSED, Encik Dzulkornain Masron , bersama-sama Residen Bahagian Mukah.

Pada program berkenaan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diwakili oleh tiga orang pegawainya iaitu Encik Mohammad Arbi Rosli, Puan Noorlina Mirais, dan Puan Hatijah Halidi. Penganjuran Fun Walk ini bukan sahaja berjaya memupuk semangat kesukanan dan perpaduan, malah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar Bahagian Mukah.

 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search