MDLA CAR FREE DAY 2026 SIRI 3 PROMOSI AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Disediakan oleh: HBR, JBSN Sarawak

LUBOK ANTU, 02 OKTOBER 2026 – Program MDLA Car Free Day 2026 telah dilangsungkan pada 2 Oktober 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Engkelili dan dirasmikan oleh Tuan Kua Jack Seng, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak.

MDLA Car Free Day 2026 adalah salah satu inisiatif di bawah MDLA One Health Promotion 2026 di mana objektif pelaksanaan program tersebut adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti terhadap kepentingan gaya hidup sihat dan kelestarian penjagaan alam sekitar melalui aktiviti sukan dan riadah.

Encik Howard Bonsu anak Resik, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hadir ke program tersebut dan bersama dengan komuniti setempat menyertai aktiviti yang dilaksanakan iaitu Fun Walk, Senamrobik dan Pakaian Beragam.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan jutaan penghargaan dan setinggi tahniah kepada Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA), Kelab Senamrobik Bandar Benak (KSBB), Kelab Rakan Muda Lubok Antu dan Kelab Belia Kaong Ulu di atas kerjasama dan kejayaan penganjuran program tersebut.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search