- JBS Sarawak
- Hits: 21
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI 2026 BUKA TIRAI DI SARIKEI, GALAK GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan leh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 6 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Bahagian Sarikei 2026 membuka tirainya menerusi pelaksanaan Siri 1 yang berlangsung di Dewan Sri Sarikei dengan penyertaan seramai 130 orang peserta yang bersemangat menyertai aktiviti kecergasan.
Program yang bertujuan memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat itu dikendalikan oleh Encik Haslie bin Umar, Presiden Sarikei Goyang Club (SGC), yang memimpin peserta menjalani aktiviti kecergasan dalam suasana ceria, bertenaga dan penuh semangat kebersamaan.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Sarikei Goyang Club dan Duton Club bagi memperluas peluang masyarakat menyertai aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat komuniti.
Sebanyak 12 siri program dirancang untuk dilaksanakan, merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti senaman kecergasan, pendakian (hiking) dan perkhemahan (camping). Kepelbagaian aktiviti ini diharap dapat menarik penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur, di samping menggalakkan penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan rekreasi sihat.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2026 bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah turut berperanan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan dan memperkukuh budaya hidup aktif dalam komuniti setempat.
Penganjuran program ini diharap dapat terus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi, selaras dengan usaha membentuk komuniti yang lebih sihat, cergas, aktif dan sejahtera.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
