- JBS Sarawak
- Hits: 19
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 3 MERIAHKAN SEBANGKOI RAINFOREST TRAIL RUN 4.0
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 11 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 3 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei berjaya memeriahkan penganjuran Sebangkoi Rainforest Trail Run 4.0 yang berlangsung di Taman Rimba Sebangkoi, Sarikei.
Penyertaan seramai 380 orang peserta dalam aktiviti berkenaan mencerminkan semangat masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti kecergasan yang menyeronokkan serta berteraskan komuniti.
Aktiviti kecergasan tersebut dikendalikan oleh Encik Haslie bin Umar, Presiden Sarikei Goyang Club (SGC), yang bertindak sebagai pengajar untuk membimbing peserta menjalani aktiviti dengan penuh semangat dan bertenaga.
Penganjuran program ini bukan sahaja memeriahkan suasana Sebangkoi Rainforest Trail Run 4.0, malah menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi tanpa mengira latar belakang.
Inisiatif Malaysia Aktif @ Komuniti turut memperkukuh usaha Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dalam membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat setempat, selaras dengan aspirasi melahirkan komuniti yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
Melalui kerjasama strategik dengan kelab dan komuniti setempat, program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan bagi memperluas peluang masyarakat menyertai aktiviti fizikal serta menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian.
Malaysia Aktif, Komuniti Sihat !.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
