- JBS Sarawak
- Hits: 29
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 2 PACU SEMANGAT HIDUP SIHAT DI KOLEJ KOMUNITI SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 4 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 2 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei diteruskan dengan pelaksanaan aktiviti kecergasan di Kolej Komuniti Sarikei bagi menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti kecergasan tersebut dikendalikan oleh Encik Haslie bin Umar, Presiden Sarikei Goyang Club (SGC), yang bertindak sebagai pengajar untuk membimbing peserta menjalani aktiviti kecergasan dalam suasana ceria, bertenaga dan penuh semangat.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia Aktif @ Komuniti untuk memperluas peluang masyarakat menyertai aktiviti fizikal dan rekreasi, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan serta kecergasan tubuh badan.
Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, aktiviti seumpama ini turut menyediakan ruang kepada peserta untuk berinteraksi, mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan melalui aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.
Penganjuran program ini diharap dapat menggalakkan penyertaan berterusan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta menjadikan amalan hidup aktif sebagai sebahagian daripada rutin harian demi melahirkan komuniti yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
Malaysia Aktif, Komuniti Sihat!
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
