Mesyuarat Cadangan Penyerahan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah

Mesyuarat Cadangan Penyerahan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 15 OKTOBER 2026 – Satu Mesyuarat Cadangan Penyerahan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bil.1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kem Belia Mukah pada 8 Oktober 2026.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Jenny Lee Siak Nee, Ketua Bahagian Polisi dan Pembangunan MYSED, yang hadir mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Tuan Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan secara terperinci langkah-langkah serta prosedur teknikal yang perlu diambil bagi melancarkan proses penyerahan Kompleks Sukan Komuniti Mukah daripada KBS kepada pihak MYSED. Penyerahan ini diharap dapat mengoptimumkan pengurusan fasiliti sukan demi manfaat komuniti belia dan penggiat sukan tempatan di bahagian Mukah.

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Mukah dan Seksyen Pengurusan Bangunan, Pembangunan dan Fasiliti, Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak turut hadir bagi memastikan proses peralihan dan penyerahan berjalan lancar serta mengikut saluran undang-undang dan pentadbiran yang betul. 

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah akan membuat tindakan susulan kepada pihak JKR dan MDDM bagi melaksanakan proses seterusnya setelah hasil dapatan daripada minit mesyuarat diperoleh.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search