PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI WISMA PERSEKUTUAN SRI AMAN INISIATIF PEMBUDAYAAN GAYA BUDAYA HIDUP SIHAT

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 16 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sri Aman 2026 telah dilaksanakan pada 16 Oktober 2026 bertempat di Wisma Persekutuan Fasa II, Sri Aman dengan pengisian aktiviti senamrobik dan briswalk sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja pelbagai jabatan dan agensi di Wisma Persekutuan Fasa II, Sri Aman.

Pelaksanaan aktiviti senamrobik dan briskwalk ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal malah turut memberi kesedaran kepada semua warga mengenai kepentingan bersukan bagi memelihara kesihatan mental, mengurangkan tekanan serta meningkatkan kesejahteraan diri.

Aktiviti senamrobik diterajui oleh instruktor-instruktor dari Kelab Senamrobik Bandar Benak  (KSBB) dan laluan briskwalk bermula dari Wisma Persekutuan Fasa II ke Hospital Sri Aman II. Aktiviti cabutan bertuah juga turut diadakan bagi peserta yang mengikuti program.

Pelepasan peserta briskwalk disempurnakan oleh Encik Mosidi bin Husseini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JKPPBG) Sri Aman. Hadir sama adalah Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

Program Malaysia Aktif @ Komuniti ini adalah satu pengisian aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search