- JBS Sarawak
- Hits: 22
PBSB Kuching Turut Memeriahkan Sambutan Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 22
PBSB Kuching Turut Memeriahkan Sambutan Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 Oktober 2026 – Seramai tiga orang pegawai dan kakitangan PBSB Kuching telah turun padang bagi menyumbang tenaga serta memeriahkan Sambutan Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, dengan diiringi oleh Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seawal jam 6.00 pagi bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti fizikal dan gaya hidup aktif. Program ini turut menjadi platform untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat tanpa mengira. Penglibatan warga PBSB Kuching mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha memasyarakatkan sukan serta membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif
#MalaysiaAktif2026
#HSN2026
